|
Week 12 - Stepback
|
| Saturday, 16 May 2009 - Written by wcr1414
[profile] |
| Stepback week yang paling tak produktif. Aku sendiri pun cukup kecewa. Tak tau kenapa? Tapi semangat langsung takde compared to last week's enthusiasms yang memuncak mencakar langit sampaikan aku berjaya complete the long run.
This week it all started bila aku kena outstation ke Kluang & JB for 2 days. Selasa aku gagal untuk berlari sebab berada di luar kawasan larian & tambahan lagi aku memang letih dari travelling. Tambah lagi dengan nasi tambah masakan ikan pari gulai kesom bonda tercinta.
Rabu baru balik ke KL. Sampai just nice 4.30pm, cukup untuk buat larian di sekitar kawasan rumah je. Pakat dengan Deti untuk buat speedwork. Sebab member punya pasal, speedwork aku sudah tekan. Resulted the next 3 days aku tak berlari. Sengal peha & tapak kaki kanan yang membuatkan aku risau kot kena plantar fascitiis.
Jumaat aku juga gagal dengan cubaab larian di Lake Garden dgn Nizam sbb aku tak bawak running gear & kepala aku pun tengah kusut. Sabtu pagi yang nyaman, aku try lari sebab nak test breathing & pace, at least untuk recall everything prior to race Ahad. Dah aku agak, memang pongeh first few minutes & pace still ok. Petang layan lari sekejap lagi dengan Deti. Harap2 esok NB15k my first debut will be ok.
Lupa nak report : Aku swap insole NB749 dengan Supernova aku untuk run hari ni. Best pulak beb. Baru aku tau insole NB kureng sikit padding & agak licin yang menyebabkan kaki aku bergerak dalam kasut time lari. Sekarang mantap sikit. Nampak gaya macam tak jadi nak let go. |
| [ Back ] |